Kesan kewujudan kromofor Auksokrom

Ia meningkatkan warna mana-mana sebatian organik. Sebagai contoh, benzena tiada warna kerana ia tidak mempunyai kromofor; tetapi nitrobenzena berwarna kuning pucat kerana kehadiran kumpulan nitro (-NO2) yang bertindak sebagai kromofor. Tetapi para-hidroksinitrobenzena mempamerkan warna kuning tua, di mana kumpulan -OH bertindak sebagai auksokromnya yang berkonjugat dengan kromofor -NO2 itu. Kelakuan yang sama juga dapat dilihat dalam azobenzena di mana bahan ini diperhatikan berwarna merah, tetapi para-hydroksi azobenzena "menggelapkan" warna merah azobenzena tersebut.

Kehadiran auksokrom dalam molekul kromogen adalah penting dalam membuat pewarna. Walau bagaimanapun, jika auksokrom wujud dalam kedudukan yang meta kepada kromofor, ia tidak memberi kesan kepada warna molekul.

Auksokrom dikenali sebagai sebatian yang menghasilkan anjakan batokrom (bathochromic shift), juga dikenali sebagai anjakan merah (red shift) kerana ia meningkatkan panjang gelombang penyerapan dan eterusnya bergerak lebih dekat kepada sinar inframerah. Peraturan Woodward-Fieser menganggarkan perubahan dalam panjang gelombang penyerapan maksimum untuk beberapa auksokrom dilampirkan kepada sistem berkonjugat dalam molekul organik.

Auksokrom membantu pewarna terikat dengan objek yang hendak diwarnakan. Penceraian kumpulan auksokrom secara elektrolisis membantu dalam pengikatan pewarna, maka sebab inilah bahan bes disuaikan dengan satu pewarna berasid.